Tidak wujud satu perkataan pun dalam Perlembagaan DAP yang mengatakan parti itu menjunjung agama Islam, Bahasa Melayu dan menjaga hak keistimewaan Melayu Bumiputra, demikian kata Datuk Mohd Razlan Rafii.
Sebaliknya Ahli Majlis Tertinggi Umno itu menyifatkan perlembagaan DAP mempunyai niat yang tersirat iaitu menolak Perlembagaan Persekutuan.
“Setelah mencari dan membaca Perlembagaan DAP, tidak ada satu perkataanpun ditulis “Melayu” “Islam” dan “Raja-Raja”.
“Apa yang lebih merisaukan perkataan ditulis adalah “Memulihkan Perlembagaan Persekutuan kepada rangka kerja yang Asal”, ini bermaksud, DAP menolak Perlembagaan yang sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Apa yang dikesalkan, menurut Razlan, bagaimana Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution sanggup mengelirukan pendengar di saluran Youtube Nrchanneltv.net dengan fakta yang tidak benar dan palsu berkenaan dengan DAP.
“Saya berlapang dada dan mencari Perlembagaan DAP seperti di sarankan oleh Datuk Saifuddin Nassution, untuk saya lebih mengenal DAP dimana Saifuddin mengatakan DAP ini sebagai Parti yang menjunjung Agama Islam, Bahasa Melayu dan Keistimewaan Bumiputera.
“Terima kasih kepada Datuk Zaharin Mohd Yasin yang membangkitkan persoalan ini.
“Sekira Datuk Saifuddin tidak membaca lagi Perlembagaan DAP, saya nasihatkan beliau baca dan hadam apa yang DAP perjuangkan selama ini,” katanya.-Malaysiapost

