Beraya di kampung akan diputuskan Mei ini

0
1
Ismail Sabri

KEMERIAHAN pulang ke kampung untuk berhari raya tahun ini hanya akan ditentukan pada Mei ini.

Perkara itu dijelaskan oleh Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang berkata ianya bergantung situasi semasa penularan Covid-19 menjelang Hari Raya Aidilfitri nanti.

“KKM yang akan memberi nasihat kepada jawatankuasa teknikal atau sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) sama ada membenarkan (rentas negeri) atau tidak.

“Saya difahamkan Mei nanti, kalau kita semua patuhi SOP dan (kes baru) mungkin turun kepada 500, waktu itu mungkin KKM akan buat penilaian risiko dan menasihati kita.

“Jadi mana-mana yang mahu balik kampung, sama-samalah kita berdoa,” katanya pada sidang media, hari ini.

Umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini yang jatuh pada 13 Mei.

Pada masa sama, Ismail berkata perjalanan rentas negeri telah menjadi punca banyak kluster.

Ada 32 kluster balik kampung melibatkan perjalanan rentas negeri,” katanya. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/03/16/larangan-rentas-negeri-masih-kekal/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here