Jangkitan harian Covid-19 masih sekitar 1,200

0
2

MALAYSIA mencatat 1,213 kes jangkitan baharu Covid-19 hari ini, turun enam angka berbanding semalam.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif mencecah 328,466 jangkitan dengan 14,782 kes aktif.

Selain itu, kes sembuh daripada Covid-19 juga mencatat lebih tinggi daripada kes jangkitan baharu iaitu sebanyak 1,503 kes.

Daripada jumlah kes baharu, sebanyak 1,207 adalah penularan tempatan, sementara enam kes import.

Dalam perkembangan sama, sebanyak tiga lagi kematian direkodkan yang melibatkan seorang warganegara tempatan, keseluruhan kematian berkaitan Covid-19 meningkat kepada 1,223 kes.

Dalam perkembangan sama, seramai 155 pesakit dilaporkan dirawat di unit rawatan rapi (ICU), manakala 54 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here