Najib mohon disuntik vaksin yang sama dengan KJ

0
3

SEPERTI berang kerana didakwa seolah-olah antivaksin, Datuk Seri Najib Razak memohon kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk diberikan suntikan vaksin Sinovac.  

Bekas Perdana Menteri itu dalam satu komen pada hantaran Facebook miliknya, menjelaskan beliau bukan antivaksin seperti digembar-gemburkan. 

Sebaliknya beliau bersedia untuk menerima suntikan vaksin yang sama disuntik kepada Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.  

“Memandangkan bekalan Sinovac yang lebih banyak telah diterima serta kebanyakan frontliners sudah diberi vaksin dos pertama dan untuk mematahkan tohmahan bahawa Najib adalah antivax dan juga tak percaya vaksin, saya harap KKM akan jadualkan saya untuk terima vaksin Sinovac seperti KJ dalam masa terdekat,” katanya hari ini.  

Terdahulu, Ahli Parlimen Pekan itu dikritik Khairy kerana menangguhkan suntikan vaksin Pfizer yang dijadualkan semalam.  

Bagaimanapun, Najib membalas kritikan itu dengan mendakwa dirinya mahu memberi keutamaan kepada petugas barisan hadapan di Pekan menerima suntikan vaksin Pfizer terlebih dahulu.  

Khairy yang juga Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), menjadi individu pertama di Malaysia menerima suntikan vaksin Sinovac keluaran China, hari ini.  

Beliau menerima suntikan itu di Hospital Rembau, jam 1.32 tengah hari tadi. – Malaysiapost 

Artikel berkaitan:

  1. https://malaysiapost.com.my/2021/03/18/najib-batal-temujanji-vaksinasi-kj/
  2. https://malaysiapost.com.my/2021/03/18/kj-individu-pertama-di-malaysia-terima-vaksin-sinovac/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here