Kunci untuk bahagia dan berjaya

0
3

Nurul Huda Abhar

INDIVIDU yang merancang pengurusan dirinya setiap hari akan sentiasa tenang dan bahagia walaupun diuji dengan pelbagai dugaan.

Penceramah bebas, Ustazah Asma’Harun menerusi perkongsian di laman Facebook memberitahu, insan yang fokus dalam mengimbangkan urusan duniawi dan akhirat akan memperoleh kejayaan.

“Orang yang fokus dan sibuk menguruskan hal dirinya, istiqamah beramal walau sedikit, kejar plan (rancangan), cuba capai impian, lepas satu satu.

“Insya-Allah dia akan bahagia dan cepat berjaya,” katanya dalam hantaran itu, semalam.

Sementara itu, beliau berkata jika seseorang itu hanya sibuk mengambil tahu hal orang lain maka dia sukar bertemu bahagia.

Malah, katanya, insan tersebut hanya akan hidup dalam kerugian.

“Namun orang yang banyak sibuk hal orang lain yang takde kaitan, memang susah untuk bahagia dan berjaya.

“Hidup pun rugi, bimbang mati pun rugi,” ujarnya lagi. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :

https://malaysiapost.com.my/2021/03/16/mengapa-doa-tidak-mustajab/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here