SERAMAI 367,213 individu telah menerima pemberian dos pertama vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 setakat semalam.
Berdasarkan infografik Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), Selangor merekodkan pemberian vaksin tertinggi dengan 45,854 individu diikuti Perak (42,227), Sabah (36,443), Kuala Lumpur (33,500) dan Sarawak (32,655).
Johor (27,131), Pahang (26,574), Kedah (25,429), Pulau Pinang (22,037), Kelantan (17,904), Negeri Sembilan (15,958) dan Terengganu (15,726).
Di Perlis pula seramai 8,795, Putrajaya (4,611), dan Labuan seramai 2,342 individu.
Seramai enam individu telah diberikan dos kedua vaksin Pfizer-BioNTech termasuk Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menerima suntikan tersebut semalam. – Malaysiapost

