Tiga negeri bertukar status PKPB kepada PKPP bermula 19 Mac

0
2

Nilam Oshman

TIGA negeri bertukar status daripada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kepada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 19 Mac hingga 31 Mac ini.

Perkara itu diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media hariannya hari ini.

Pertukaran status dibuat selepas mendapat pandangan semua pihak serta penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

“Tiga negeri ditukar status dari PKPB kepada PKPP iaitu Kedah, kecuali PKPB di Kuala Muda dan Kulim yang masih terdapat kluster aktif, Perak dan Negeri Sembilan, kecuali PKPB di Seremban yang masih zon merah.

“Manakala enam negeri masih dikekalkan status PKPB iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Kelantan dan Sarawak.

“Bagi tujuh negeri iaitu Perlis, Melaka, Pahang, Terengganu, Sabah, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan dikekal status PKPP,” katanya dalam sidang media itu.

Beliau berkata, pertukaran status PKPB kepada PKPP serta pengekalan PKPB dan PKPP bagi negeri-negeri berkenaan akan berkuat kuasa bermula 19 Mac kecuali Sarawak berkuatkuasa 16 Mac hingga 29 Mac 2021. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here