Bazar Ramadan, Aidilfitri dan solat terawih dibenarkan tahun ini

0
2
Ismail Sabri

Nilam Oshman

PASAR Ramadan, Bazar Aidilfitri dan solat terawih dibenarkan tahun ini dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat.

Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata menjelang bulan Ramadan, banyak aktiviti-aktiviti yang perlu diumumkan segera.

Katanya, beberapa persediaan perlu dilaksanakan sekarang, antaranya adalah pasar Ramadan, pasar Aidilfitri dan juga solat terawih di musim Ramadan ini.

“Oleh itu, setelah mengadakan perbincangan dan mendapatkan pandangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jawatankuasa Mesyuarat teknikal hari ini bersetuju untuk membenarkan operasi pasar Ramadan, Bazar Aidilfitri dan solat terawih di seluruh negara.

“Walaubagaimanapun, SOP ketat dan perlu dipastikan dan dipatuhi oleh setiap peniaga pasar Ramadan dan Bazar Aidilfitri termasuk pengunjung-pengunjung.

“Antara syarat-syaratnya, lokasi di kawasan terbuka menyediakan laluan sehala pintu masuk dan keluar, pendaftaran MySejahtera di pintu masuk, ada kawalan jumlah pengunjung.

“Waktu operasi Bazar Ramadan dari jam 3 petang hingga 8 malam manakala Bazar Aidilfitri daripada jam 10 pagi hingga 12 tengah malam,” katanya menerusi sidang media hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here