PENGAGIHAN kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hampir selesai antara Umno dan PAS.
Bagaimanapun menurut Ketua Bahagian Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunus, keputusan pengagihan kerusi DUN di Selangor untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) belum lagi muktamad, namun tetap menunjukkan perkembangan positif.
“Mana ada tamat lagi pengagihan kerusi, apa yang boleh saya cakap ia positif. Nak tahu lebih lanjut, kenalah tanya Pengerusi Perhubungan Umno negeri, biarlah beliau yang memberitahunya nanti.
“Namun kita ikut apa yang diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT), untuk bekerjasama dengan PAS dan tidak dengan Bersatu. Untuk menang dan menawan semula Selangor kita kena bekerjasama dengan PAS dengan memperkuatkan Muafakat Nasional.
“Namun secara peribadi, saya menegaskan Umno terbuka dan sedia bekerjasama dengan mana-mana parti selagi mana ia boleh mendatangkan kesejahteraan kepada rakyat Selangor dan membangunkan negeri ini,” katanya ketika dihubungi Malaysiapost, hari ini.
Semalam pucuk pimpinan Umno dan PAS di Selangor mengadakan mesyuarat antara kedua-dua parti, antara agenda utama mesyuarat itu ialah membincangkan isu pengagihan kerusi DUN di negeri itu. – Malaysiapost
Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2020/12/24/tiada-kompromi-kerusi-disandang-umno-selangor-noh-omar/

