Pemandu mabuk langgar dua motosikal

0
1

SEORANG wanita dipercayai memandu dalam keadaan mabuk melanggar dua motosikal sebelum melarikan diri dalam kejadian di Taman Bukit Mulia, Bukit Antarabangsa, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata siasatan awal pihaknya mendapati kejadian berlaku jam 12.41 tengah malam.

“Pemandu menghimpit dan melanggar motosikal jenis Harley Davidson dan Yamaha Avantis sehingga mengalami kerosakan.

“Kedua-dua penunggang terbabit kemudian meminta pemandu wanita itu membuat laporan polis namun dia terus memecut kenderaan melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, polis sudah berjaya mengesan wanita berusia 52 tahun dan tangkapan kini sedang dijalankan.

“Tiada kecederaan dilaporkan dan anggaran kerugian belum dapat dipastikan lagi.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini diminta tampil ke Balai Polis Trafik Ampang Jaya,” katanya.

Terdahulu, video insiden membabitkan wanita berkenaan yang dipercayai mabuk itu tular di media sosial.

Video itu juga menunjukkan wanita terbabit mengaku memandu dalam keadaan mabuk, namun ketika diminta untuk membuat laporan polis wanita berkenan terus memecut laju kenderaannya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here