Duta Besar Malaysia ke Indonesia, isteri positif Covid-19

0
2

DUTA Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Zainal Abidin Bakar dan isteri, Datin Sakhiah Mohd Soom dilaporkan positif Covid-19.

Kedua-dua mereka kini dirawat di sebuah hospital tentera di Jakarta sejak seminggu lalu.

Difahamkan, Zainal sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sementara, Sakhiah ditempatkan di wad biasa.

Menurut sumber Kedutaan terbabit, ketua perwakilan Malaysia itu diberi bantuan oksigen, namun keadaannya semakin pulih dan tidak membimbangkan.

“Doktor melakukan pemantauan rapi ke atas Datuk Zainal dan Datin Sakhiah. Alhamdulillah, keadaan mereka berdua semakin baik dan tidak membimbangkan.

“Insya-Allah jika tiada aral melintang, mereka akan dibenarkan keluar hospital hujung minggu ini,” katanya seperti dilapor Astro Awani.

Sebelum ini, rakyat Malaysia yang menetap di Indonesia menerima mesej di aplikasi WhatsApp yang memaklumkan Zainal sedang menerima rawatan di ICU kerana positif Covid-19.

Mesej yang dikeluarkan pejabat Kedutaan Besar Malaysia itu juga meminta semua pihak mendoakan kesejahteraan Zainal. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here