Kompaun RM10,000: Uncle Kentang mohon maaf, akui kena ‘game’ dengan anak pengadu

0
1
Independent candidate Kuan Chee Heng or known as ‘Uncle Kentang’ launch his war truck for Semenyih by-election. NORAFIFI EHSAN / The Star

AKTIVIS Masyarakat, Khan Chee Heng atau Uncle Kentang memohon maaf kepada semua pihak atas kekhilafan maklumat berhubung isu kompaun RM10,000 terhadap seorang lelaki yang ditularkan menerusi akaun Facebooknya, semalam.

Uncle Kentang berkata, perkara itu timbul selepas beliau menerima aduan daripada ibu lelaki berkenaan memaklumkan bahawa anaknya dikompaun RM10,000 kerana ingkar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Beliau berkata, wanita berkenaan memohon pertolongannya sebagai aktivis masyarakat untuk memberi pembelaan terhadap tindakan yang dikenakan terhadap anak lelakinya itu.

Bagaimanapun, tindakan lelaki itu ‘kantoi’ selepas isu berkenaan tular di sosial media, dan siasatan polis mendapati tiada saman RM10,000 dikeluarkan seperti didakwa.

“Kantoi.polis tak ada buka saman. Gara-gara seorang lelaki Cina maklum kepada mak dia, kena saman RM 10,000 denda SOP, terbongkar rahsia apabila polis meminta detail saman tetapi tiada.

“Lelaki Cina tersebut di percayai ingin melepaskan diri dari tanggungjawab hantar duit pada mak lalu menceritakan pada mak dia, beliau telah di saman RM 10,000,” katanya menerusi Facebook.

Mengulas lanjut, Uncle Kentang berkata, beliau telah menerima panggilan video daripada ibu lelaki terbabit memaklumkan hal berkenaan.

“Setelah mak dia menelefon melalui video call jam 11.30 malam dan memarahi saya sebagai aktivis tak lawan saman RM 10,000.

“Saya telah pohon beliau kemukakan salinan saman dan beliau janji keesokan harinya agar kami dapat bantu kurangkan denda.

“Pihak PDRM juga telah membuat press release perkara saman itu tidak benar dan tidak langsung berlaku. Ia hanya satu pembohongan semata mata oleh lelaki Cina untuk elak hantar wang balik untuk emak beliau dengan memberi alasan dia kena saman,” katanya.

Uncle Kentang berkata, dia juga turut ‘terkena’ dengan penipuan lelaki terbabit yang hanya mahu larikan diri daripada memberi wang kepada ibunya sendiri.

Katanya, perkara berkenaan telah dijelaskan dan ibu lelaki terbabit juga memohon maaf.

“Emak lelaki telah menelefon saya untuk meminta maaf. Saya juga menyatakan saya juga tertipu atas fakta yang emak beri pada saya,” katanya.

Semalam, menerusi Facebook Uncle Kentang memaparkan dakwaan berhubung kompaun pelanggaran SOP PKPB dikeluarkan di Kampung Rapat di Ipoh, Perak,

Justeru, Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz memaklum bahawa semakan pihaknya mendapati tiada kompaun seperti didakwa telah dikeluarkan oleh pasukan pemeriksa SOP PKPB dalam kalangan polis daerah Ipoh setakat ini.

Beliau berkata, satu laporan polis telah dibuat oleh Ketua Polis Balai Kampung Rapat mengenai perkara yang tular itu bagi menyiasat kejadian. -Malaysiapost

Artikel berkaitan: https://malaysiapost.com.my/2021/03/15/polis-tak-keluarkan-kompaun-di-kampung-rapat-ipoh/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here