SEORANG kanak-kanak berusia dua tahun menemui ajal dalam parit di hadapan rumahnya di Kampung Sireh, Tanjong Karang, malam tadi.
Kanak-kanak malang itu ditemui lemas pada jam 7.30 malam oleh bapanya sendiri.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata kejadian disedari bapa mangsa berusia 34 tahun selepas mendapati anaknya yang bermain di hadapan rumah hilang dari pandangan.
“Bapa mangsa kemudian mencari dan menemuinya di dalam parit dalam keadaan tidak sedarkan diri.
“Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tanjong Karang (HTK) dan disahkan meninggal dunia akibat lemas,” katanya hari ini. – Malaysiapost
