0.11 peratus anggota pentadbiran, wakil rakyat sudah divaksin

0
1
khairy jamaluddin kj

HANYA 302 individu sahaja daripada kategori anggota pentadbiran dan wakil rakyat yang sudah menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat 13 Mac lalu.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, berkata berdasarkan data diperoleh setakat Sabtu lalu, 292,104 orang sudah divaksin membabitkan beberapa kategori penerima.

“Sebanyak 23.86 peratus adalah membabitkan jururawat, 22.23 peratus doktor, 23.40 peratus kumpulan kesihatan lain dan 21.3 keselamatan dan penguatkuasa.

“Selain itu 5.62 peratus adalah doktor gigi, 3.45 peratus ahli farmasi, manakala 0.11 penerima lagi adalah daripada anggota pentadbiran dan wakil rakyat.

“Maka daripada 292,104 yang divaksin hanya 302 sahaja datang daripada anggota pentadbiran dan wakil rakyat,” katanya dalam sidang media mingguan PICK hari ini.

Hadir sama dalam sidang media itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Sementara itu, Khairy turut mendedahkan terdapat 1.4 juta pengguna MySejahtera yang sudah mendaftar namun tidak lengkap.

“Mereka hanya mengesahkan nama dan kad pengenalan sahaja tetapi tidak menjawab soalan berkaitan penilaian kesihatan dan tidak memasukkan alamat mereka.

“Ini mengakibatkan pendaftaran mereka tidak lengkap dan diharapkan 1.4 juta pengguna ini dapat mekengkapkannya secepat mungkin,” katanya.

Menurutnya, proses pendaftaran yang lengkap diperlukan bagi menetapkan temujanji kepada penerima vaksin.

“Saya sudah arah supaya penilaian terhadap mereka ini dibuat dan mereka akan terima SMS di telefon bimbit bermula petang ini untuk mengingatkan supaya melengkapkan pendaftaran.

“Alamat penting kerana temujanji untuk vaksin akan diberikan berdasarkan pusat pemberian vaksin paling hampir dengan alamat mereka,” katanya. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/03/12/khairy-minta-kpn-bebaskan-pemberi-maklumat/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here