‘Hantu pun dah masuk DAP’ – Najib

0
2

ISU pengundi hantu ketika pemilihan pimpinan di Konvensyen DAP Perak-19 di Ipoh menjadi bahan sindiran bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menerusi satu hantaran di Facebooknya hari ini, Najib berkata, beliau telah lama tidak mendengar istilah pengundi hantu selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pentadbiran kerajaan Persekutuan pada Mei 2018.

“Sudah lama saya tak dengar istilah pengundi hantu. Dulu hari-hari depa tuduh Barisan Nasional (BN) macam-macam.

“Cakap pung pang pung pang last-last (akhirnya) senyap lepas PH ambil alih. Nampaknya itu hantu sudah bosan setelah lama tidak diungkit DAP. Hantu pun sudah masuk DAP.

“Tapi tidak apa. Hantu tak hantu, Alhamdulillah. Semua patuhi SOP,” tulisnya menerusi satu hantaran di Facebooknya.

Terdahulu hari ini Konvensyen DAP Perak ke-19 kecoh, apabila timbul dakwaan wujud pengundi hantu yang akan memilih ahli ke Jawatankuasa Negeri serta isu tempoh pengundian yang tiba-tiba dilanjutkan.

Kekecohan berlaku sebaik Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng selesai merasmikan konvensyen itu yang dihadiri kira-kira 2,000 perwakilan dan ahli DAP Perak.

Menurut seorang perwakilan yang juga Ahli Parlimen Kampar, Thomas Su Keong Siong berkata, kekecohan itu disebabkan proses pendaftaran pemilih yang sepatutnya tamat pada 10 pagi, tetapi tiba-tiba disambung sehingga 12 tengah hari.

Beliau berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku, dan ruang harus diberi kepada semua pemilih sekali gus pemilihan boleh dijalankan secara adil dan bukannya memberi kelebihan kepada mana-mana pihak.

“Sepatutnya buka pendaftaran pemilih kepada semua bukan kepada ahli-ahli tertentu. Kita pun boleh panggil ahli kita,” katanya seperti dilapor Bernama.

Seorang lagi perwakilan yang enggan dikenali berkata, pengundi hantu dikesan kerana mereka tidak mempunyai tanda nama ditetapkan, dan maklumat peribadi ditulis menggunakan pen, bukannya seperti dicetak mengikut perwakilan lain. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/03/14/konvesyen-dap-perak-kecoh-dakwa-ada-pengundi-hantu/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here