Kes gaduh, bunuh Jalan Telawi seorang suspek ditangkap

0
2

SEORANG suspek yang dipercayai terbabit dalam kes pergaduhan hingga mengakibatkan seorang lelaki mati dan seorang lagi parah di Jalan Telawi, Bangsar awal pagi semalam berjaya diberkas polis.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Anuar Omar, berkata suspek lelaki berusia 26 tahun itu berjaya ditahan dalam serbuan di Jalan 11, Selayang Baru, Batu Caves, petang semalam.

Menurutnya, hasil semakan mendapati suspek yang ditahan itu mempunyai rekod lampau membabitkan Seksyen 39 Akta Dadah Berbahaya 1987.

“Suspek kemudian telah menunjukkan rumah-rumah individu yang lain yang dipercayai terbabit dalam pergaduhan itu

“Namun kesemua mereka telah melarikan diri dan kini diburu polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, usaha mengesan kesemua individu terbabit dalam pergaduhan itu masih giat dijalankan.

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah dimuka selepas terbabit pergaduhan.

Lelaki yang maut dipercayai ditoreh di bahagian badan dengan senjata tajam selain turut ditikam dengan botol minuman keras.

Video pergaduhan terbabit turut tular di media sosial.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302/326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian dan cedera parah. -Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/03/13/akibat-dendam-lama-lelaki-maut-ditikam/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here