Selangor tertinggi divaksin

0
2

HAMPIR 300,000 individu di Malaysia yang majoritinya petugas barisan hadapan sudah menerima dos pertama vaksin Covid-19 setakat semalam melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) fasa pertama.

Berdasarkan data dan infografik Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) yang dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di laman Facebooknya hari ini, menunjukkan secara keseluruhan seramai 292,104 individu sudah menerima vaksin Pfizer-BioNTech sehingga semalam.

Selangor paling ramai menerima suntikan vaksin itu iaitu seramai 35,620 orang dan diikuti Perak (31,675), Sarawak (30,634), Kuala Lumpur (28,244) dan Pahang (25,128).

Di Sabah pula, seramai 24,042 individu sudah menerima vaksin, selain Johor (21,835), Kedah (17,114), Pulau Pinang (16,255), Kelantan (15,339), Terengganu (13,070).

Negeri Sembilan merekodkan 12,209 individu sudah divaksin, diikuti Melaka (7,963), Perlis (6,807), Putrajaya (3,827) dan Labuan (2,342).

PICK fasa pertama menyasarkan seramai kira-kira 500,000 petugas barisan hadapan divaksin bermula hujung Februari lalu hinga April ini

Fasa kedua program berkenaan pula akan membabitkan vaksin Pfizer-BioNTech dan Sinovac, dijadualkan bermula April hingga Ogos depan, untuk 9.4 juta golongan warga dan golongan berisiko tinggi.

Bagi fasa ketiga, yang akan bermula pada Mei hingga Februari tahun depan kira-kira 13.7 juta lagi individu berusia 18 tahun ke atas, sama ada rakyat tempatan atau warga asing akan divaksin. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/03/13/sasaran-vaksin-500000-frontliner-capai-55-peratus/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here