Pelacur politik: Pemuda PAS panas hati

0
2

KENYATAAN pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah melabelkan PAS sebagai ‘pelacur politik’ telah menggegarkan jiwa pemuda parti itu di seluruh negara.

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, ramai bertanya kepadanya, apa tindakan perlu diambil rentetan kenyataan Ahli Parlimen Gua Musang itu.

“Untuk situasi kali ini, saya akan selesaikan dengan mengambil pendekatan dan tindakan melalui arahan dari PAS Pusat.

“Tindakan ini diputuskan kerana PAS mengenali beliau sebagai Pengerusi Jemaah Penasihat Umno,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Beliau menyeru semua pimpinan PAS mahupun Umno agar bertindak cermat sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan demi menjaga jalinan permuafakatan yang telah dibina bersama.

“Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya,” ujarnya.

Kenyataan kontroversi itu diucapkan Tengku Razaleigh atau Ku Li menerusi wawancara dengan portal The Malaysian Insight baru-baru ini.

Dalam temubual itu beliau berkata, tindak-tanduk PAS dalam pilihan raya kecil sebelum ini membuktikan parti itu tidak boleh dipercayai.

“(Pilihan raya kecil) di Tanjung Piai, ketika mereka dah bersama dengan kita, PAS tidak mengundi kita, mereka ada 3,000 ahli di situ, tetapi tidak sampai 1,000 yang undi kita. Mereka bukan rakan kongsi yang jujur. Begitu juga di Semenyih.

“PAS macam pelacur, sekejap (sokong) DAP, sekejap Semangat 46,” katanya. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/03/12/bersatu-umno-perlu-terus-runding-untuk-kestabilan-politik/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here