1,470 kes baharu Covid-19 hari ini

0
2

Nilam Oshman

SEBANYAK 1,470 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini, menjadikan keseluruhan kes dalam negara meningkat kepada 322,409.

Ia menyaksikan penurunan lagi kes baharu di Malaysia berbanding semalam iaitu sebanyak 1,568 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM) daripada keseluruhan kes hari ini, cuma 12 kes import dan selebihnya penularan tempatan.

Jumlah kes aktif di Malaysia kini 16,711 di sebalik 1,830 kes sembuh baharu.

Sebanyak tiga lagi kematian dicatatkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 1,206 kes. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/03/11/23-daerah-zon-hijau-covid-19/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here