Kluster SPRM, semua bakal suci – Zahida Zarik Khan

0
2

KETUA Puteri Umno, Datuk Zahida Zarik Khan menempelak individu lompat parti dengan menyifatkan mereka sebagai Kluster Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana mahu menyelamatkan diri daripada disiasat.

Beliau berkata, misalnya hari ini Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr Xavier Jayakumar mengumumkan lompat dan menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Sedang beliau bertanggungjawab pada dakwaan rasuah terhadap Setiausaha Politiknya dahulu. Dikhabarkan ramai lagi yang akan menyusul untuk turut melompat.

“Dan jangan pelik, jika mereka ini semua ada file siasatan dengan SPRM. Yang akan jadi pelik ibarat magik, apabila ‘Kluster SPRM’ ini semua bakal suci, sesuci bayi baru lahir,” katanya menerusi Facebook.

Dalam masa sama, Zahida turut mendakwa ada pihak tertentu mencipta ‘Kluster Mahkamah Naratif’ untuk terus menanam persepsi buruk serta fitnah pada pemimpin Umno termasuk Presiden.

Katanya, sedangkan rakyat Malaysia malah satu dunia tahu akan pendakwaan di zaman Pakatan Harapan (PH) bermotif membunuh musuh politik mereka.

“Kita cerita pula beberapa pemimpin-pemimpin Umno terima dana politik yang sama daripada presiden parti yang sama sebelum PRU-14 lalu.

“Apa jadi pada pemimpin yang kekal setia dalam Umno? Dan di mana pula bekas pemimpin Umno yang pilih untuk melompat, melarikan diri?

“Pelik bin ajaib, yang melompat tidak pula didakwa dan akhirnya mereka terselamat daripada termasuk dalam kumpulan ‘Kluster Mahkamah’.

“Adakah rakyat boleh terima pada politik lompat-melompat, politik guna kuasa bunuh lawan dan politik guna kuasa selamatkan kawan?,” soalnya. -Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/03/13/azmin-beri-hint-ramai-lagi-akan-lompat-parti-sertai-pn/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here