Prasarana sahkan Muhammad Nizam dipecat sebagai CEO

0
2

PRASARANA Malaysia Berhad mengesahkan menamatkan perkhidmatan Muhammad Nizam Alias sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) kumpulan itu.

Syarikat gergasi pengangkutan awam itu turut mengesahkan kenyataan Pengerusinya, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman Selasa lalu berhubung pelantikan Datin Norlia Noah sebagai CEO pada 23 Februari lalu dan dilantik sebagai pemangku presiden.

“Prasarana mengesahkan lembaga pengarah Prasarana Malaysia Berhad mengadakan mesyuarat pada 22 Februari dan membuat keputusan menamatkan perkhidmatan Muhammad Nizam Allias,” menurut kenyataan itu.

Semalam, Nizam mengeluar kenyataan bercanggah dengan Tajuddin, dengan mendakwa beliau belum menerima sebarang pemberitahuan rasmi mengenai pemecatannya.

“Buat masa ini, setahu saya, lembaga pengarah belum membuat sebarang keputusan untuk menamatkan perkhidmatan saya,” katanya.

Sebelum ini, Prasarana dilaporkan menggantung Nizam dan meminta beliau mengambil cuti pada 9 Disember lalu, dengan sebuah jawatankuasa khas terdiri daripada lembaga pengarah yang menyiasat dakwaan salah lakunya.

Pada 8 Disember lalu, media melaporkan penggantungan Nizam susulan ketegangan di peringkat kepemimpinan selepas pelantikan Tajuddin sebagai pengerusi pada Mei 2020. -Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/03/09/norliah-noah-dilantik-pemangku-presiden-ceo-kumpulan-prasarana/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here