Terima jawatan dari PN, DAP pecat 8 ahli

0
1

DAP memecat tujuh ahlinya di Perak selepas mereka bertindak menerima jawatan yang ditawarkan oleh parti Perikatan Nasional (PH).

Ketujuh-tujuh individu terbabit dikatakan menerima jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung di kampung masing-masing.

Mereka adalah Wong Chee Ming, Choo Kok Cheng, Liew Kee Ho, Loh Kok Weng, Cheng Kai Meng, Khor Ah Lak dan Wong Chee, lapor Malaysiakini.

Keanggotaan seorang lagi yang dikenali sebagai Chan Fook Ching ditamatkan selepas didapati berkhidmat sebagai pembantu wakil rakyat Malim Nawar, Leong Cheok Keng.

Keahlian Leong digugurkan pada 19 Januari kerana didakwa menjadi ahli MCA.

Leong adalah antara tiga Adun DAP yang keluar parti sejak kerajaan Pakatan Harapan (PH) di negeri itu tumbang tahun lalu.

Sementara itu, Ketua Jawatankuasa Tatatertib DAP, Chong Chien Jen berkata, semua anggota parti tidak dibenarkan menerima jawatan yang ditawarkan PN tanpa kebenaran daripada pucuk pimpinan parti.

“Jangan korbankan integriti parti dan kehormatan diri untuk jawatan atau faedah peribadi yang ditawarkan oleh PN.

“Ini bukan hanya tindakan khianat kepada parti tetapi juga pengkhianatan kepada rakyat,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here