‘Kita yang miskin tak mampu untuk sakit, mati pun guna duit’ – Syed Azmi

0
2

AKTIVIS sosial, Syed Azmi Alhabshi menasihatkan ibu bapa agar memberi ingatan kepada anak mereka di bawah usia 18 tahun – pakai pelitup muka setiap kali keluar rumah.

Beliau mengingatkan, mereka yang berumur di bawah 18 tahun tidak kira atas apa tujuan sekalipun, kompaun RM10,000 menanti jika melanggar peraturan tersebut.

“Saya nak ingatkan ibu bapa yang ada kanak-kanak (umur kanak-kanak ialah bawah 18 tahun) suka keluar lepak, rempit, keluar malam, private parti, jumpa boyfren girlfren, tak pakai face mask untuk ingat satu sama lain kompoun untuk mereka juga RM10,000 mulai hari ini.

“Tahun lepas 2020 lebih 40 kanak-kanak usia 10-17 tahun yang masuk mahkamah atas kesilapan melanggar PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dan denda juga RM1,000,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Syed Azmi berkata, beliau sering kali mengingatkan kepada mereka yang memohon bantuan dengan menulis “kita yang miskin dan susah ni tak mampu sakit, mati pun guna duit”.

“Jadi tolonglah sangat jaga, nasihat dan didik anak anak ni supaya faham kesan dan akibat kalau langgar prosedur operasi standard (SOP) PKP kali ini.

“Misi saya: kurangkan jenayah dan pelanggaran undang-undang oleh kanak-kanak sebab kalau tak mampu bayar denda padahnya parah.

“Yang kita lawan sebenarnya adalah pendemik Covid-19. Jadi cuba patuhi undang undang sebab kita yang kecik (kerdil) ini suara nak cakap pun tak ada. Kena kompaun bayar lepas merayu, kalau boleh rayu,” katanya lagi.

Beliau berkata, tulisannya itu adalah bertujuan untuk didikan dan bukan atas sebab politik. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here