Ristneena, Isa Khan sah bergelar suami isteri

0
1

PELAKON Nur Risteena Munim, 32, selamat diijabkabul dengan pasangannya, Isa Khan, 28, dengan sekali lafaz pada jam 10.40 pagi, hari ini.

Acara akad nikah diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya dan dihadiri keluarga rapat kedua-dua belah pihak.

Menerusi perkongsian video di Instagramnya, Risteena mengucapkan syukur kerana acara akad nikah tersebut berjalan dengan lancar.

“Dah selesai, Alhamdulilah,” ujarnya dalam video itu.

Menerusi video itu, dapat dilihat beberapa anggota keluarga hadir dalam majlis serba ringkas termasuklah adik Risteena yang juga pelakon, Ruhainies.

Sebelum ini, Risteena mengumumkan akan melangsungkan pernikahan pada pertengahan bulan ini.

Isa yang juga penyanyi mengumumkan sudah melamar Risteena pada 23 November 2019 sewaktu bercuti di Bali, Indonesia.

Pasangan itu turut mengumumkan mereka bertunang pada tarikh sama. – Malaysiapost


Artikel berkaitan :
https://malaysiapost.com.my/2021/03/06/isa-risteena-umum-nikah-12-mac/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here