Kalimah Allah: Tidak boleh dilarang, namun ada sempadan – Hadi

0
2

Nurul Huda Abhar

PRESIDEN PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memaklumkan pada dasarnya tiada larangan untuk menyebutkan perkataan Allah, sama ada seorang muslim atau apa sahaja anutan agama selain daripada Islam.

Menurutnya, ia termasuk penganut agama yang melantik paling banyak Tuhan, bahkan golongan yang tidak beragama dan ateis (tidak percaya akan adanya Tuhan).

“Juga tidak boleh dilarang menyebutkan perkataan Allah, jika ia mahu diucapkan atau ditulis,” kata Abdul Hadi dalam kenyataan di laman Facebooknya, hari ini.

Beliau berkata, juga tidak boleh dilarang untuk menyebut perkataan Allah kepada golongan yang berpelajaran tinggi, termasuklah orang yang paling bodoh dan buta huruf.

Abdul Hadi berkata, bahkan, golongan yang paling gila dan kurang siuman serta tidak mempunyai akal langsung juga, jangan sekali-kali melarang mereka daripada menyebutkan perkataan Allah.

“Namun, perlu diketahui bahawa maksud perkataan Allah yang sebenar adalah mengikut asal usul daripada bahasa Arab yang menjadi bahasa asal bagi Al-Quran,” katanya lagi.

Rabu lalu, Hakim Nor Bee Ariffin membuat keputusan berhubung kebenaran bukan Islam menggunakan kalimah Allah.

Ia selepas membenarkan perisytiharan yang dibuat seorang wanita Melanau dari Sarawak, Jill Ireland Lawrence Bill bahawa hak perlembagaannya untuk mengamalkan agamanya dihalang dengan sekatan atau melarang pengimportan bahan pendidikan.

Selain perkataan Allah, tiga lagi perkataan lain yang dibenarkan ialah Baitullah, Kaabah dan solat.

Bagaimanapun, penggunaan perkataan itu perlu disertakan dengan penafian hanya untuk orang Kristian dan lambang salib di muka hadapan kulit buku. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :
https://malaysiapost.com.my/2021/03/11/kalimah-allah-umat-islam-sedia-mengajar-kerajaan/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here