Masalah rumah tangga, wanita cuba terjun jejantas monorail

0
2

SEORANG wanita yang dipercayai mempunyai masalah rumah tangga cuba membunuh diri dengan terjun dari jejantas stesen monorail Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur hari ini. 

https://twitter.com/jnmalaysia/status/1369856494733201411?s=20

Wanita berusia 39 tahun itu turut bertindak mengacu pisau ke arah pasukan Bomba yang cuba menyelamatkannya.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira 8.46 pagi  sebelum anggota polis bersama bomba ke lokasi kejadian bagi menyelamatkan wanita terbabit. 

Menurutnya, wanita berkenaan kemudian berjaya diselamatkan dan kini ditahan untuk tindakan lanjut. 

Mohamad Zainal berkata, hasil siasatan awal mendapati wanita itu adalah seorang suri rumah dan dipercayai mengalami tekanan perasaan akibat masalah rumah tangga. 

“Puncanya adalah masalah dengan suaminya di rumah.

“Polis akan dapatkan kebenaran reman esok bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh diri,” katanya. – Malaysiapost 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here