1,647 kes hari ini, 6 hari berturut kes bawah angka 2,000

0
2

MALAYSIA mencatatkan 1,647 lagi kes jangkitan Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan dalam negara kini 319,364.

Ia juga menyaksikan Malaysia merekodkan kes harian di bawah angka 2,000 buat hari keenam berturut-turut.

Kes aktif di seluruh negara kini 17,544 setelah 2,104 lagi kes sembuh baharu dilaporkan hari ini.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), daripada jumlah kes hari ini, sebanyak 1,642 adalah penularan tempatan manakala selebihnya kes import.

Selangor mencatat kes jangkitan tertinggi iaitu 712 kes diikuti Johor (170), Pulau Pinang (169) dan Sarawak (168) manakala lain-lain negeri merekodkan kes di bawah 100.

Katanya, sebanyak sembilan lagi kematian baharu dicatatkan menjadikan jumlah kumulatif kematian kini 1,200 kes. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here