Mahkamah tolak affidavit dakwa wujud akaun rahsia Umno

0
3

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak afidavit yang mendakwa Umno mempunyai akaun rahsia yang tidak diaudit untuk menerima derma politik.

Mahkamah menerima permohonan pasukan peguam bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Umno, lapor Malaysiakini.

Difahamkan, afidavit terbabit penting bagi saman pelucutan yang berkaitan dengan pendakwaan 1MDB terhadap Obyu Holdings Sdn Bhd.

Pendakwa raya pada 10 Februari lalu membangkitkan isu akaun rahsia Umno.

Perkara itu didedahkan ketika pihak pendakwaan menyanggah dakwaan bahawa wang tunai RM114.16 juta, yang dituntut oleh Najib dan Umno dalam saman pelucutan hak membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadap Obyu Holdings, adalah milik parti itu.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin ketika memutuskan perkara tersebut berkata, afidavit itu difailkan setelah semua afidavit lain difailkan dan tanpa izin mahkamah.

Hakim memutuskan pemfailan sebegitu boleh menjejaskan tuntutan pihak ketiga dalam prosiding kes berkenaan.

“Saya memutuskan bahawa afidavit itu tidak dapat digunakan dalam prosiding. Saya tidak akan menganggap afidavit itu sebagai sokongan,” katanya. -Malaysiapost

Artikel berkaitan :
https://malaysiapost.com.my/2021/03/01/sprm-gagal-lucut-wang-rm2738525-08-milik-umno-selangor/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here