PELAKON Hannah Delisha akhirnya tampil membuka mulut setelah diasak dengan pelbagai spekulasi berkenaan menyembunyikan perkahwinan dan tidak mendapat restu ibunya.
Perkongsian Hannah menerusi Insta Storynya, pelakon kecil molek itu memohon maaf sekiranya isu yang timbul membabitkan dirinya sejak beberapa hari lalu mencuri perhatian ramai pihak.

“Seperti anda semua, saya juga ada masalah peribadi. Saya minta maaf sekiranya isu tersebut tersebar luas kepada umum.
“Sejak menyertai industri, niat saya cuma untuk menghiburkan anda semua iaitu peminat menerusi hasil kerja, bukannya berkenaan isu peribadi.
“Saya seboleh-bolehnya mahu mengelak daripada terlibat dalam sebarang gosip demi menjaga nama baik negara sendiri. Saya berharap untuk sentiasa berada di atas jalan ini. Insya-Allah,” katanya semalam.
Pelakon kelahiran Singapura itu juga memohon maaf atas segala berita yang timbul membabitkan dirinya dan keluarga.
“Sekali lagi saya minta maaf. Kalian berhak mendapat yang lebih baik daripada saya berbanding semua ini.
“Apa yang saya harapkan adalah doa daripada kalian dan juga ruang privasi buat diri saya,” katanya lagi.
Sejak beberapa hari lalu, nama Hannah hangat diperkatakan ramai apabila ibu kandungnya, Noor Ashikin Ahmad mendakwa dia tidak merestui perkahwinan anak perempuannya itu menerusi puisi yang dikongsikan dalam Instagram berserta tanda pagar #ibutidakrestu.
Lebih menguatkan berita tersebut apabila ibu mentua Hannah, Mariana pula memuat naik hantaran berbaur sokongan kepada menantu dan anak lelakinya supaya terus kuat berdepan ujian hidup.
Lebih mengejutkan muncul pula dakwaan mengatakan Hannah dan suaminya Imam Shah yang merupakan pelakon di Singapura sebenarnya sudah pun berkahwin sejak setahun lalu.
Semuanya gara-gara perkongsian pengacara Eleena Sui dalam Instagramnya pada tahun lalu bertarikh 19 Februari sama dengan gambar yang dikongsikan ibu mentua Hannah semalam. – Malaysiapost
Artikel berkaitan :
https://malaysiapost.com.my/2021/02/18/hannah-delisha-selamat-diijabkabul/

