Dasar bekerja dari rumah kekal

0
2

DASAR bekerja dari rumah bagi perkhidmatan awam dan Industri di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) masih terpakai.

Ini di sebalik semua negeri kini di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP).

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata beberapa hari lalu terdapat soalan tentang dasar bekerja dari rumah apabila PKPB dan PKPP dilaksanakan menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kehadiran pegawai ke pejabat bagi kawasan PKPB adalah pada syarat maksimum 30 peratus, manakala bagi kawasan PKPP adalah pada tahap optimum dan boleh beroperasi sepenuhnya.

“Bagaimanapun, ia masih tertakluk kepada ketua jabatan untuk melaksanakan arahan ini mengikut kesesuaian cara kerja masing-masing,” katanya dalam sidang media hari ini.

Beliau berkata, bagi industri di kawasan PKPB dan PKPP pula, syarikat boleh beroperasi dengan kehadiran 30 peratus daripada kumpulan pengurusan.

“Manakala bagi pekerja kumpulan sokongan dan yang terlibat secara langsung dalam produksi boleh beroperasi secara 100 peratus,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here