Padam hantaran ‘menyakat’ Presiden PAS selepas terima kecaman

0
3
Datuk Shahrul Nasrun Kamaruddin

Nurul Huda Abhar

EXCO Pemuda Umno, Datuk Shahrul Nasrun Kamaruddin bertindak memadam hantaran di laman Facebooknya yang dikatakan telah mengguris hati pimpinan Pemuda PAS.

Difahamkan, ia susulan hantaran beliau yang dikatakan mahu ‘menyakat’ Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkenaan lawatan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin Ke Arab Saudi.

“Bro, Tok Guru tidak dapat travel jauh atas faktor kesihatan,” komen Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Afnan Hamimi Taib Azamudden hari ini.

Menurut Afnan Hamimi, sepatutnya Shahrul Nasrun memimpin Pemuda Umno dengan baik dan bukannya menjadi batu api.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia, Khairul Nadzir Helmi Azhar pula menyifatkan tindakan ‘menyakat’ itu tidak perlu kerana akan memecah belahkan hubungan yang ada.

“Dia kata saja nak menyakat Tok Guru Ayoh Chik. Dalam keadaan kesihatan yang terbatas. Inilah dia Exco Pemuda Umno, yang suka menyulitkan keadaan. Punca pecah belah. Inilah dia,” ujarnya.

Respon yang sama diterima daripada Ketua Pemuda PAS Selangor, Hanafi Zulkapli menasihatkan jika Shahrul Nasrun mahu mencari populariti itu bukanlah tindakan yang tepat.

Ini kerana, katanya, Exco Pemuda Umno itu harus ingat dengan ikatan yang telah dimeterai dua parti PAS dan Umno.

“Sebab itu jangan sesekali merobek usaha murni sahabat-sahabat dalam berkawan. Menyindir Tuan Guru Presiden kami, bukan seperti mana yang saya kenal kepimpinan Pergerakan Pemuda Umno Selangor. Mereka cukup tinggi akhlaknya. Jaga-jaga sikit.” ujar Hanafi.

Penganalisis Politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata tindakan pimpinan Pemuda PAS yang menegur tindakan Exco Pemuda Umno itu adalah sesuatu yang baik.

Katanya, sifat saling hormat menghormati perlu ada dalam menstabilkan keadaan politik semasa.

Begitulah adat berkawan, kena hormat-menghormati antara satu sama lain. Tahniah kepada semua, bukan susah pun nak selesaikan masalah begini,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook.

Terdahulu, Shahrul Nasrun memuat naik satu hantaran di Facebooknya yang menyoalkan mengapa Presiden PAS tidak dijemput dalam lawatan rasmi Perdana Menteri ke Arab Saudi.

Malah, beliau berkata Abdul Hadi adalah Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah bertaraf menteri tetapi tidak dijemput menyertai lawatan itu.

Bagaimanapun, hantaran tersebut dihapuskan setelah dikritik beberapa pimpinan Pemuda PAS – Malaysiapost

Artikel berkaitan : https://malaysiapost.com.my/2021/02/09/pemuda-pas-anggap-pihak-hina-pm-di-media-sosial-sebagai-pelampau/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here