Covid-19: Masih ramai langgar SOP

0
2

SERAMAI 517 individu ditahan semalam, atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) dengan tiada penjarakan sosial paling banyak dikesan. 

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata daripada jumlah keseluruhan yang ditahan itu, seramai 513 individu dikompaun manakala empat lagi direman. 

“Antara kesalahan direkodkan ialah tiada penjarakan fizikal (202), gagal menyediakan peralatan/merekod diri/pelanggan (95), tidak memakai pelitup muka (66) dan aktiviti pusat hiburan (64). 

“Kesalahan lain adalah rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (64), premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (18), keluar rumah tanpa alasan munasabah satu kes dan lain-lain tujuh kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Sementara itu, beliau berkata kawalan sempadan negara melalui Op Benteng semalam telah menangkap 33 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas empat kenderaan darat. 

“Dalam operasi itu, pihak berkuasa turut mengesan 102 bot/kapal di perairan negara dan sembilan kenderaan darat melalui 12 aktiviti penglihatan. 

“Selain itu, empat orang PATI turut diusir menerusi dua aktiviti pengusiran,” katanya. – Malaysiapost 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here