AirAsia tawar perkhidmatan ‘teksi terbang’ tahun depan

0
2

SYARIKAT AirAsia Group Bhd dijangka akan memperkenalkan perniagaan baharu ‘teksi terbang’ seawal tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersamanya, Tan Sri Tony Fernandes, berkata pihaknya sedang mengusahakan perkhidmatan itu ketika ini.

“Saya fikir kira-kira setahun setengah sebelum dilancarkan,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam satu perbincangan dalam talian semasa Forum Ekonomi Belia.

Ketika perniagaan penerbangan terkesan teruk daripada pandemik Covid-19, AirAsia berkembang dalam ruang digital.

Ia melancarkan ‘super app’ tahun lalu yang menawarkan perkhidmatan daripada perjalanan dan beli belah, hinggalah logistik dan perkhidmatan kewangan.

“Kami menganggapnya sebagai satu peluang, kesempatan sekali seumur hidup untuk membentuk semula perniagaan, meneliti semula pelbagai perkara,” katanya.

Tony berkata, AirAsia menjangkakan untuk memulakan perkhidmatan e-hailing sendiri April ini.

‘Teksi terbang’ yang disasarnya bermula tahun depan akan didatangkan dengan empat tempat duduk dan dikuasakan oleh ‘quadcopter’, tambahnya.

Dalam perkembangan berasingan, AirAsia pada Sabtu juga berkerjasama dengan Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) untuk mengembangkan perkhidmatan penghantaran melalui dron.

Dalam pada AirAsia mencari lebih banyak peluang baru, Tony optimis perjalanan udara akan segera pulih dengan pelancaran program vaksinasi.

“Kumpulan menawarkan penerbangan tambang murah yang menghubungkan 22 negara, kebanyakannya di Asia Pasifik.

“Saya berharap perjalanan antara negeri akan bermula dalam dua hingga tiga minggu akan datang,” katanya.

Tony berkata, kumpulan juga menjangkakan sempadan antarabangsa akan mula dibuka pada Julai atau Ogos ini. -Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2020/11/12/tony-fernandes-kini-penghantar-makanan/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here