MCA mahu kekal dalam BN

0
2

MCA hari ini menzahirkan pendirian parti untuk kekal bersama-sama Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Presidennya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang menegaskan perkara itu pada perasmian Perhimpunan Agung MCA ke-67 berkata, sejak penubuhannya MCA telah melalui pelbagai rintangan dan cabaran dalam perjuangan dan menghadapi waktu susah senang dan pahit manis bersama (BN), lapor Bernama.

“Meraikan kepelbagaian budaya, kesederhanaan dan sifat inklusif yang diterap dan dipratikkan oleh BN adalah selari dengan perjuangan MCA.

“Oleh itu, pada PRU15 datang, MCA akan terus bersama-sama dengan BN, untuk memastikan BN memperoleh kemenangan. Jika melihat adanya keperluan, kita juga akan bersama parti-parti lain untuk membina kekuatan dalam membawa semangat kepelbagaian dan kesederhanaan demi memelihara negara,” katanya.

Perhimpunan itu diadakan secara hibrid, susulan pandemik Covid-19 menggabungkan kehadiran 120 perwakilan secara fizikal di ibu pejabat MCA di sini, manakala selebihnya mengambil bahagian secara maya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here