Ahli Parlimen bertikam lidah, cerca mencerca timbul tanggapan tidak baik

0
2

SPEAKER Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim berpendapat perkara utama yang akan dapat dilihat rakyat daripada persidangan Dewan Rakyat, jika ia dibenarkan hanyalah sesi bertikam lidah dalam kalangan Ahli Parlimen.

Rais berkata usul lain seperti mahu memecat Perdana Menteri tidak boleh dibuat sekalipun jika Dewan Rakyat dibenarkan bersidang ketika perintah darurat sedang berkuat kuasa.

“Saya berpandangan eloklah ditangguhkan dahulu biarpun ada sesetengah Ahli Parlimen mahu sidang Dewan Rakyat diadakan. Persidangan itu nanti hanya untuk membolehkan Ahli Parlimen bertikam lidah, cerca mencerca sehingga boleh menimbulkan anggapan tidak baik oleh orang ramai terhadap Dewan Rakyat.

“Sebab itu pada hemat saya, biarlah sesi persidangan ini ditangguhkan hingga Ogos kerana tiada tujuan jelas mengapa perlu bersidang selain untuk bertikam lidah,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Beliau membuat kenyataan itu pada Majlis Sentuhan Budi Bersatu peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pertang di Kampung Geylang hari ini.

Rais berkata tiada manfaat yang diperoleh sekiranya Parlimen dibenarkan bersidang ketika ini melainkan hasrat kebanyakan Ahli Parlimen yang sudah tidak sabar untuk bertikam lidah.

Katanya, pertemuannya bersama Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dengan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara baru-baru ini tidak membincangkan isu berkaitan sidang Parlimen tetapi berkisar kepada Perlembagaan negara.

Dalam perkembangan lain, Rais yang juga Penasihat Bersatu Negeri Sembilan dan Ketua Bersatu Bahagian Jelebu berkata Umno dan Bersatu masih boleh mengadakan rundingan dan mencari kesepakatan demi perpaduan Melayu. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here