5 individu main bola dikompaun langgar SOP

0
1

POLIS telah mengeluarkan kompaun terhadap lima lelaki yang bermain bola sepak di Putrajaya semalam kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali berkata, kesemua mereka berusia 23 hingga 28 tahun itu dikenakan tindakan selepas didapati tiada surat kebenaran merentas daerah atau negeri dari Selangor ke Putrajaya.

Beliau berkata pemeriksaan dibuat oleh pihak polis antara jam 8 hingga 11.45 malam selepas mendapati terdapat sekumpulan individu bermain bola sepak di Padang Bola Sintetik, Presint 8, Putrajaya.

“Kesemua mereka yang merupakan kakitangan swasta datang dari Selangor dan masuk ke Putrajaya menggunakan pas pekerja namun mengambil kesempatan dengan bermain bola sepak selepas habis waktu bekerja,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Sebelum itu, seorang pengguna Twitter @KhairilAnuar dalam ciapannya menyatakan lima individu dikenakan kompaun selepas bermain bola sepak kerana didapati bukan penduduk Putrajaya. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here