Kampung di Kecil Siburan dikenakan PKPD

0
2

PERINTAH Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Kampung Serumah daerah Kecil Siburan, Bahagian Serian, Sarawak bermula 7 hingga 20 Mac ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehingga semalam sebanyak 416 ujian saringan telah dijalankan dan daripada jumlah itu, 21 kes positif Covid-19 telah direkodkan.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan masih berlaku penularan kes melibatkan penduduk di lokaliti terbabit.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di Kampung Serumah.

“Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas 580 penduduk serta mengesan beberapa lagi kontak rapat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, beliau memberitahu kerajaan sebelum ini telah melaksanakan PKPD di Asrama, Kilang dan Tapak Binaan Central Medicare, Hilir Perak, Perak yang dijadualkan tamat pada esok.

Ismail Sabri berkata, sehingga kini KKM telah melaksanakan 2,074 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatif sebanyak 1,650 kes positif Covid-19 telah direkodkan.

“KKM mengesahkan kes dan kluster adalah terkawal. Semua kes positif telah menerima rawatan dan kontak rapat telah diasingkan dan dipantau

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD di Asrama, Kilang dan Tapak Binaan Central Medicare, Hilir Perak, Perak seperti yang dijadualkan,” ujarnya. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :
https://malaysiapost.com.my/2021/03/05/pkpd-di-kuaters-sri-jelutung-chini-pahang-mulai-esok/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here