Awang Rasau sudah tiada

0
2

AWANG Rasau, Harimau Malaya yang cedera ditembak pemburu haram, disahkan mati jam 12 tengah hari di Hospital Veterinar, Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang, semalam.

Harimau jantan itu gagal diselamatkan selepas mengalami komplikasi saraf, kegagalan sistem perkumuhan dan jangkitan kuman pada luka di kaki belakangnya.

Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia menerusi kenyataan memaklumkan keadaan kesihatan Awang Rasau semakin merosot pada 3 Mac lalu.

“Perhilitan sedaya upaya cuba menyelamatkan Awang Rasau dengan mendapatkan rawatan susulan serta nasihat doktor pakar di Hospital Veterinar UPM pada 4 Mac, namun ia masih tidak dapat diselamatkan,” kata kenyataan itu.

Sebelum ini Awang Rasau menderita kesakitan akibat kecederaan terkena lapan butir peluru ditembak oleh pemburu haram.

Haiwan dianggarkan berusia 15 tahun itu ditemui pada 22 Febuari lalu dalam keadaan tercedera di sebuah ladang sawit di Felda Kerteh 3, di Dungun, Terengganu.

Menurut Perhilitan, Peluru itu juga mengenai paru-paru serta sistem sarafnya, menyebabkan ia lumpuh separuh badan dan hanya boleh bergerak menggunakan kaki hadapannya sahaja.

Luka kaki belakangnya akibat seretan juga amat serius. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here