PERDANA menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini dilaporkan menunaikan solat Jumaat di Masjid Negeri di Arau, Perlis.
Kehadiran pemimpin nombor satu negara itu di sambut baik oleh jemaah yang turut menunaikan ibadah mingguan tersebut, dan mengiktiraf beliau sebagai wira negara.
“Bagi saya..’Abah’ (Muhyiddin) adalah wira kerana beliau telah banyak bersusah payah mentadbir negara ini, lebih-lebih lagi semasa negara kini ‘berperang’ dengan wabak Covid-19,” kata pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu kepada Bernama ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat.”
Demikian menurut seorang jemaah yang ditemui Bernama, Mohd Ammar Mustaqim Zulkifli, 19, selepas menunaikan solat Jumaat.
Hadir sama menunaikan solat Jumaat, Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Azman Mohd Yusof serta barisan Exco kerajaan negeri.
Solat Jumaat diimamkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Mohd Nazim Mohd Noor manakala khutbah Jumaat disampaikan oleh Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Semalam, Pengerusi Umno Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim dilaporkan semalam mengumumkan parti tersebut akan meneruskan kerjasama dengan Bersatu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Kenyataan itu dibuat sejurus Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno memutuskan akan menamatkan kerjasama berkenaan di peringkat nasional.
Shahidan juga menegaskan kerjasama dengan Bersatu dan PAS wajar bagi memenangi PRU15 akan datang. – Malaysiapost
Foto Kredit: Bernama
Artikel berkaitan :
https://malaysiapost.com.my/2021/03/04/umno-perlis-teruskan-kerjasama-dengan-bersatu-pada-pru-15-shahidan/

