PKPD di kuaters Sri Jelutung Chini, Pahang mulai esok

0
1

Nurul Huda Abhar

KERAJAAN bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kuarters Sri Jelutung di Chini, Pahang bermula 6 hingga 19 Mac 2021.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehingga 3 Mac lalu sebanyak 30 kes positif telah direkodkan dan seramai 150 kontak rapat telah dikenal pasti yang melibatkan penghuni kuarters itu.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) PKPD akan dilaksanakan di Kuarters Sri Jelutung, Chini Pahang bermula 6 Mac hingga 19 Mac 2021.

“Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas penghuni kuarters terbabit serta mengesan beberapa lagi kontak rapat,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Ismail Sabri berkata, sebelum ini kerajaan melaksanakan PKPD di taman-taman perumahan sekitar Jalan Telok Ira, Temerloh, Pahang yang dijadualkan tamat pada esok, 6 Mac 2021.

Katanya, Sehingga kini, KKM telah melaksanakan 1,573 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatif sebanyak 94 kes positif Covid-19 telah direkodkan.

“KKM mengesahkan terdapat penurunan kes serta tiada lagi sampel saringan yang sedang menunggu keputusan.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, Kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD di taman-taman perumahan sekitar Jalan Telok Ira, Temerloh, Pahang pada 6 Mac 2021 seperti dijadualkan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here