Strategi Ahmad Zahid menjadi di Melaka – Adly

0
3

BENDAHARI Parti Amanah Malaysia (Amanah), Adly Zahari mendakwa langkah Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menukar pentadbiran di Melaka, berjaya.

Beliau berkata, langkah yang disusun Ahmad Zahid memang menjadi di negeri itu, yang juga merupakan langkah sama digunakan di peringkat nasional. 

“Bila Bersatu meninggalkan Pakatan Harapan (PH), dua Adun Bersatu menurut langkah parti mereka. Kerajaan PH tumbang di Melaka.

“Dengan komposisi ini, maka ‘king maker’ bagi pembentukan kerajaan baru adalah Bersatu.

“Muhyiddin akhirnya memberi sokongan kepada seorang Adun Bersatu untuk menjadi Ketua Menteri Melaka,” katanya dalam satu kenyataan.

Namun, Adly berkata parti itu tidak berputus asa apabila 11 daripada 13 wakil rakyatnya menandatangani akaun berkanun (SD) dihadapan Ahmad Zahid.

“Ia bagi menyokong seorang Adun PKR untuk menjadi Ketua Menteri, melompat la dia, kerana dia calon Ketua Menteri. Namun bilangan sokongan masih tidak cukup, 11 Umno, dirinya sendiri, hanya 12 dari 28 keseluruhannya.

“Sebagai calon Ketua Menteri maka tugasnya adalah mencukupkan bilangan, maka dapatlah ditambah dengan seorang wakil rakyat dari DAP. Jadilah 13 sahaja. Tetap tidak cukup bilang. Tapi sudah melompat.

“Setelah mendapat seorang wakil rakyat PKR dan seorang dari DAP, Umno memutuskan hubungan dengan Bersatu di Melaka. Bersatu tidak lagi menjadi King Maker. Surat Muhyiddin sudah tidak berguna lagi,” katanya.

Katanya, langkah seterusnya Ahmad Zahid  mengadap Yang Dipertua Negeri Melaka bagi menentu keputusan pentadbiran Melaka.

“Selesai pertemuan, Zahid umumkan di media dua perkara, sama ada Umno menjadi Ketua Menteri atau Dun dibubarkan.

“Dun dibubarkan adalah juga pilihan PH dan ketakutan terbesar bagi mereka yang melompat dikala itu, maka oleh kerana tiada pilihan, Umno akhirnya diterima menjadi Ketua Menteri,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here