Anwar jumpa Speaker bangkit keperluan adakan sidang Dewan

0
2

Nurul Huda Abhar

PRESIDEN PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama pimpinan Pakatan Harapan (PH) mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun di Parlimen, hari ini.

Menurutnya, pertemuan yang diadakan itu bagi membangkitkan keperluan mengadakan sidang Dewan Rakyat selaras dengan kenyataan media Istana Negara baru-baru ini.

“Dalam pertemuan itu kami membangkitkan keperluan mengadakan sidang Dewan Rakyat selaras dengan kenyataan media Istana Negara tempoh hari.

“Seusai pertemuan itu, Majlis Presiden PH mengadakan mesyuarat bagi membincangkan hasil pertemuan tersebut.

“Majlis Presiden juga turut menyentuh beberapa isu mutakhir serta persiapan menuju Pilihan Raya Umum Ke-15,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebelum ini menzahirkan pandangan bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuat kuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka Baginda atas nasihat Perdana Menteri.

Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, perkara itu termaktub dalam subperenggan 14(1)(b) Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 yang menyatakan Parlimen hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada suatu tarikh sebagaimana difikirkan sesuai oleh Seri Paduka atas nasihat Perdana Menteri.

Sehubungan itu, beliau berkata, tanggapan sesetengah pihak bahawa pelaksanaan proklamasi darurat menghalang Parlimen untuk bersidang adalah tidak tepat. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :
https://malaysiapost.com.my/2021/03/02/2-mp-lompat-parti-saya-dapat-maklumat-libatkan-jutaan-ringgit-anwar/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here