TATKALA netizen baharu sahaja berehat dengan krisis hubungan Neelofa dan PU Riz, kini kembali pula kisah kakaknya Noor Nabila yang dikatakan sedang rapat dengan bekas suami aktres terkenal dari seberang.
Desas desus mengatakan Noor Nabila kini bergelar tunangan kepada Engku Emran yang juga bekas suami pelakon Indonesia Laudya Cynthia Bella.
Menerusi catatan di Cari Forum, tular gambar di mana Engku Emran berada di kediaman Nabila ketika sesi usrah bersatu seorang ustaz.
Malah, terpapar tajuk forum itu yang mendakwa mereka berdua telah pun bertunang.
Netizen juga tertanya-tanya pasangan manakah yang akan melangsungkan perkahwinan terlebih dahulu, sama ada Nabila atau Neelofa.
Namun, tiada pengesahan setakat ini daripada pihak Nabila dan Engku Emran, dan laman media sosial masing-masing tidak memuat naik apa-apa berkaitan dengan spekulasi itu.
Bagaimanapun, ada juga tulisan di ruangan forum itu berkata kemungkinan kehadiran Engku Emran hanya sebagai tetamu dalam majlis ilmu berkenaan.
Sebelum ini, Nabila sah bercerai dengan pelakon Sharnaaz Ahmad pada Julai tahun lalu setelah hampir setahun berhadapan dengan krisis rumah tangga.
Manakala, rumah tangga Engku Emran dan Laudya Cynthia Bella hanya mampu bertahan dua tahun selepas mengesahkan sudah bercerai pada Julai tahun lalu.
Sebelum itu, Engku Emran pernah berkahwin dengan pelakon dan penyanyi terkenal, Erra Fazira dan mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya. – Malaysiapost
Artikel berkaitan : https://malaysiapost.com.my/2020/12/27/kami-masih-mencari-titik-penyelesaian-neelofa/

