Covid-19: ‘Saya Berdebar tunggu mesej KP Kesihatan’ – Ismail Sabri

0
2
Ismail Sabri

Nilam Oshman

MENTERI Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluahkan rasa gementar, menunggu keputusan statistik kes harian Covid-19 dari Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bergantung kepada jumlah kes positif Covid-19.

“Menerima mesej daripada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengenai statistik kes harian Covid-19 membuatkan saya berasa takut dan berdebar.

“Lebih menakutkan apabila kes harian dan kematian direkodkan pada angka tinggi pada hari tertentu.

“Sudah tentu..sayalah paling takut kerana ia melibatkan tugas saya juga untuk melandaikan (keluk) Covid-19.

“Jadi kalau anda tanya pengalaman menakutkan, melihat mesej yang mengatakan kes harian dan kematian meningkat pada kadar yang tinggi. Ini susah untuk saya lupakan,” katanya dalam sidang media khas sempena setahun Malaysia Prihatin.

Selain itu, Ismail Sabri berkata, beliau juga ternanti-nanti penerimaan rakyat selepas pengumuman dilakukan.

Katanya, bukan setakat pujian dan tohmahan, sesetengah mereka juga memberi pendapat untuk menambahbaik Prosedur Operasi Standard (SOP).

“Pelbagai pengalaman saya dapat, baik yang memuji mahupun tidak. Mereka yang menyokong kita, walaupun saya memakai baju tidak betul, baik juga di mata mereka. Sebaliknya, mereka yang tidak menyokong, pelbagai perkara dibangkitkan.

“Saya ada juga baca komen-komen netizen dan ada yang kita ambil sebagai usaha tambah baik terhadap SOP yang ditetapkan,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here