Malaysia bakal menjadi pengeluar aset ketenteraan – Ismail Sabri

0
2

Nilam Oshman

KEMENTERIAN Pertahanan Malaysia berhasrat mahu menjadikan Malaysia antara negara pengeluar kepada aset-aset ketenteraan.

Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri, berkata perkara itu merupakan impiannya selama ini yang mahu melihat negara mencapai satu pengiktirafan.

“Seperti Indonesia yang menjadi pengeluar aset ketenteraan dan India pula mengeluarkan jet pejuang sendiri, boleh buat MRO Submarine

“Jadi, kita juga kena mula dari sekarang, mungkin kita mulakan dengan menbawa kilang pemasangan tempatan (CKD) untuk pasang di sini.

“Pada peringkat awal, kita melakukan usaha sama dengan negara lain (untuk belajar dan menambahbaik ilmu pembuatan aset ketenteraan) ,” katanya dalam sidang media khas sempena setahun Malaysia Prihatin, Isnin lalu.

Ismail Sabri berkata, Malaysia mampu menjadikan negara sebagai pengeluar kepada industri ketenteraan suatu hari nanti.

“Selepas perpindahan teknologi, kita mampu (buat aset ketenteraan sendiri) takkan kita nak buat peluru sahaja sampai bila-bila. Jadi, suatu hari nanti kita akan jadi pengeluar aset ketenteraan,” katanya.

Beliau turut memaklumkan negara juga menghasilkan kereta kebal dengan menggunakan kepakaran jurutera-jurutera tempatan.

Menurutnya, setakat ini, negara telah menghasilkan kereta perisai yang dibuat DRB-HICOM Defence Technologies Sdn Bhd (DEFTECH) di Pekan, Pahang.

“Itu merupakan contoh bahawa negara lain boleh, kita pun boleh buat,” katanya. -Malaysiapost.

Artikel berkaitan: https://malaysiapost.com.my/2021/02/12/mildef-perkenal-kereta-perisai-buatan-malaysia/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here