Lantikan Ketua Kampung tiada kepentingan politik – Umno Johor

0
2
Johor State Housing and Local Government Committee chairman Datuk Md Jais Sarday

Nurul Huda Abhar

PELANTIKAN ketua kampung di Johor dilakukan secara telus dan terbuka melalui melalui borang yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Johor di semua Pejabat Daerah.

Bendahari Umno Johor, Datuk Md Jais Sarday berkata, ia disusuli proses temuduga dilakukan oleh pihak pentadbiran Pejabat Daerah yang melibatkan semua Penghulu Mukim.

“Kaedah pemilihan ketua kampung pada kali ini menunjukkan ketelusan kerajaan negeri Johor di bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Ir Hasni Mohamed yang juga Pengerusi Barisan Nasional Johor.

“Saya yakin pelantikan ini tidak berasaskan kepentingan politik semata-mata, tetapi mengambil kira pentingnya kesejahteraan orang kampung seluruh Negeri Johor. Saya percaya semua Penghulu Mukim di seluruh daerah sangat berpengalaman dalam menguruskan kampung-kampung dan mengenali individu yang sesuai untuk menjadi ketua komuniti.

“Namun, yang lebih penting, perlantikan ini dipersetujui Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) yang ahli-ahlinya mewakili kedua-dua parti Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas berkenaan kenyataan bekas Menteri Besar Johor Datuk Shahrudin Jamal yang tidak berpuas hati dengan pemimpin PN negeri Johor terhadap perlantikan ketua-ketua kampung di negeri itu.

Shahrudin mendakwa perlantikan tersebut seolah-olah dikuasai oleh Umno/BN dan tidak dibincangkan bersama parti-parti dalam kerajaan campuran BN dan PN di Johor.

“Saya rasa Shahrudin masih dipengaruhi oleh cara beliau mentadbir kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang terdahulu yang mana perlantikan jawatan-jawatan Ketua Kampong dan Ahli Majlis Tempatan diagihkan mengikut kuota parti politik.

“Semasa pentadbiran PH selama 22 bulan banyak kampung yang tidak diurus dengan baik kerana ada ketua yang dilantik tinggal di luar kampung, tidak dihormati oleh orang kampung, tidak dapat menubuhkan jawatankuasa kampung, malah ada juga yang tidak bergaul dengan masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Md Jais juga menasihatkan supaya PN Johor tidak mempolitikkan isu perlantikan Ketua Kampung di negeri itu.

Katanya, kegagalan Bersatu mengetuai kerajaan PH sepatutnya dijadikan pengajaran dalam pentadbiran kerajaan gabungan BN dan PN. -Malaysiapost

Artikel berkaitan :

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here