ORANG ramai yang sudah mendaftar dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di aplikasi MySejahtera tidak perlu mengulangi pendaftaran tersebut.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, berkata setiap pendaftaran telah direkodkan dan orang ramai akan dapat temujanji selepas berbuat demikian.
Katanya, MySejahtera sedang melakukan kemas kini untuk memaklumkan semua yang telah mendaftar.
“Tunggu makluman. Jangan daftar semula.
“Yakinlah percubaan pertama anda mendaftar telah direkodkan. Temujanji diberi berdasarkan pertama kali anda mendaftar,” katanya dalam ciapan di Twitter hari ini.
Semalam, ramai pihak mempersoalkan sama ada mereka yang telah mendaftar awal Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di aplikasi MySejahtera perlu mendaftar semula.
Ia berikutan terdapat makluman berbentuk baharu mengenai mereka yang telah disahkan pendaftaran dalam aplikasi MySejahtera.
Perkara itu disifatkan tidak adil kepada individu yang sudah mendaftar awal perlu mendaftar semula untuk mendapatkan temujanji. -Malaysiapost
Artikel berkaitan:

