SERAMAI 80,336 individu di negara ini telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech setakat semalam.
Menurut infografik Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), penerima vaksin tertinggi adalah di Sarawak iaitu 13,691 individu.
Ia diikuti Kuala Lumpur iaitu seramai 8,505 individu telah divaksin, Perak (7,757), Kelantan (7,725), Pahang (7,415), Johor (6,454), Terengganu (4,566), Kedah (4,388) dan Selangor (4,276).
Selain itu, Negeri Sembilan (3,101), Pulau Pinang (2,914), Melaka (2,762), Sabah (1,898), Labuan (1,789), Perlis (1,598) dan Putrajaya (1,507).
Penerima fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang bermula 24 Februari lalu adalah dalam kalangan petugas barisan hadapan serta Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).
Selain aplikasi MySejahtera, satu lagi kaedah pendaftaran secara dalam talian bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan ialah melalui laman web www.vaksincovid.gov.my.
Orang ramai turut boleh melakukan pendaftaran dengan menghubungi talian hotline atau hadir di fasiliti klinik kesihatan awam serta swasta atau menerusi program bantuan bagi penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman.
Pendaftaran untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 bermula 22 Februari lalu menerusi aplikasi MySejahtera. – Malaysiapost
Artikel berkaitan:

