Annuar kritik keputusan Umno putus kerjasama dengan Bersatu

0
1
PUTRAJAYA, 31 Mac -- Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa bercakap pada sidang media selepas diberi taklimat kerja-kerja disinfeksi sekitar Putrajaya hari ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

KEPUTUSAN Umno memutuskan kerjasama dengan Bersatu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) hanya akan menyebabkan kuasa tawar-menawar parti itu dalam kerajaan menjadi lemah.

Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa, berkata keputusan itu juga disifatkan tindakan sebagai pra-matang selain menjadikan Umno dalam keadaan tempang.

“Sewaktu mula menjalin kerjasama antara parti, tiada surat menyurat bagi memulakan kerjasama itu.

“Justeru, tiada keperluan untuk secara diam-diam mengutus surat pemberitahuan tidak untuk tidak bekerjasama pula,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, pelbagai perkara boleh berlaku dalam tempoh PRU-15 akan datang dan ia sekali gus meletakkan parti itu pada posisi yang merugikan.

“Apa lagi di saat parti perlu melalui pemilihan parti yang wajib tahun ini. Dasar parti semasa pilihan raya akan datang bakal ditentukan pemimpin yang memimpin semasa PRU diadakan.

“Banyak perkara boleh berlaku antara sekarang hingga tempoh parlimen dibubarkan,” katanya.

Annuar berkata, apabila kuasa tawar menawar dalam kerajaan menjadi lemah, ahli Umno di peringkat akar umbi yang terpaksa menanggung akibatnya.

Semalam, Annuar mempersoalkan kenapa sudah diputuskan tidak berkerjasama dengan Bersatu sekarang, sedangkan ada usul sedemikian yang perlu dibawa ke Perhimpunan Agung Umno terlebih dahulu.

Annuar berkata sekiranya Umno berada dalam kerajaan cuma sehingga Parlimen dibubarkan dan ketika PRU belum diputuskan, ia akan memberi kesan buruk kepada Umno.

Semalam juga, Malaysiapost melaporkan Umno telah menghantar surat kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi memaklumkan keputusan parti itu untuk menamatkan kerjasama dengan Bersatu pada PRU15.

Menurut sumber dalaman Umno, surat berkenaan sudah dihantar kepada Perdana Menteri yang juga Presiden Bersatu pada 26 Februari lalu. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here