Guru positif Covid-19, 20 guru lain, kakitangan sekolah jalani kuarantin

0
2

SERAMAI 20 guru dan kakitangan sebuah sekolah kebangsaan di Kajang, diarah kuarantin berikutan seorang gurunya dikesan positif Covid-19.

Guru itu dikatakan mendapat jangkitan daripada abangnya sebelum disahkan positif, Isnin lalu, lapor Harian Metro.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika mengesahkan perkara itu berkata kes tersebut didaftarkan di Sepang, mengikut alamat tempat tinggalnya.

Katanya, kali terakhir guru tersebut hadir ke sekolah pada 23 Februari lalu bagi membuat persiapan persekolahan.

“Beliau dijangkiti Covid-19 daripada abangnya yang disahkan positif pada tarikh berkenaan.

“Pada hari sama, beliau menjalani ujian saringan Covid-19 dan dikuarantin sehingga mendapat keputusan positif pada 1 Mac,” katanya.

Susulan itu Dr Noor Hisham berkata, 20 kontak guru tersebut ketika di sekolah sudah menjalani ujian calitan dan diarah kuarantin.

“Bagaimanapun, tiada murid yang terdedah kepada kes berkenaan,” katanya.

Difahamkan, semua guru dan kakitangan tersebut menjalani kuarantin bermula semalam sehingga 8 Mac ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here